Monday, September 10, 2012

Sekoci's Tutorial at Harian Metro

Assalamualaikum....
Kalau tidak kerana  Nurmaiza Abdullah (rakan sekolej) tag norlie di mobile albumnya sure Norlie tak tahu the step has been puplish on that day... Sorry harini baru kesempatan untuk update di blog... but on hari kejadian dah norlie war-warkan di dalam wall FB..

Puan Siti, from Harian Metro ask if i can do any step fr bunga meja sempena hari raya... hohooo Norlie mana lah tahu menggubah bunga meja...but dia kata just something simple n nice for coffee table...

Actually there have 3 type of flower has been taken on that day...but hanya step yang ini sahaja yang keluar... Nolie rasa bunga lain tu senang jek kot nak buat :) .. kalau semua step keluar haritu rasa 3 page article norlie jek...heheehehee...

Maaf, tak sempat nk scan the instruction... InsyaAllah klau my printer ni dah  ok i scan ya xoxo...




Happy crafting 
The full article: HARIAN METRO


Bunga comel berwarna-warni

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SELAIN gubahan menggunakan bunga segar atau tiruan, kini hasil seni menggunakan fabrik felt di Malaysia menjadi satu trend yang menarik minat remaja menjadikannya sebagai satu perniagaan.
Pelbagai jenis seni kraf felt yang sangat comel dan berwarna-warni dihasilkan mengikut kreativiti pembuatnya. Antaranya rantai kunci, bunga meja, penanda buku, bekas pensel, bunga tangan dan hiasan rambut yang mampu menyuntik perasaan ceria kepada si pemakai.
Felt berbeza dengan fabrik yang ada di pasaran. Ia adalah kain bukan tenunan yang dihasilkan melalui proses pengeluwapan dan tekanan serat bulu daripada benang tertentu. Terdiri daripada jenis kasar dan sedikit lembut seperti baldu, ia juga terdapat dalam pelbagai warna dan corak.

Dulu felt digunakan dalam pelbagai tujuan seperti industri automotif (kenderaan), alat muzik dan pembinaan rumah. Kini dengan perkembangan teknologi, fabrik ini semakin popular dan digunakan untuk membuat kraftangan yang indah dan bernilai tinggi.


Menurut Norliza Sami–ngon, 33, yang juga pembuat kraftangan daripada felt, dia mula tertarik dengan seni kraftangan ini pada Januari 2009, iaitu ketika kelahiran anak pertama. Pada masa itu, dia ingin mencari buku bayi yang boleh dijadikan simpanan peribadi.

“Ketika mencari menerusi Internet, saya menemui laman web yang menyiarkan tutorial mengenai teknik menjahit buku bayi. Saya tertarik dan mula mencubanya. Lama-kelamaan buku bayi saya mendapat perhatian sehingga ada yang meminta saya menyediakannya untuk mereka,” katanya.

Norliza yang pada mulanya tidak pandai menjahit mula mengasah bakat dengan mempelajari teknik jahitan menerusi laman YouTube dan mula menghasilkan perhiasan rambut untuk bayi dan kanak-kanak. Lama-kelamaan seni kraftangan felt mula mendapat sambutan dan dia mula menjualnya menerusi dalam talian.

Kegilaan terhadap seni felt bukan setakat berhenti di situ saja apabila ibu kepada dua anak ini mula mencari penghasilan kraf baru sehingga menemui teknik pembuatan rantai kunci dan bunga tangan yang mula mendapat sambutan.

Kini hasil kerja tangan Norliza boleh didapati di semua rangkaian Lunatots seluruh negara serta dia giat menjalankan bengkel kraftangan untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Jika inginkan sesuatu yang baru bagi menghias sudut meja kopi tatkala menyambut tetamu pada bulan mulia ini, Norliza menunjukkan teknik menghasilkan bunga felt yang boleh digubah menjadi bunga meja yang ceria dan berwarna-
warni.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/30


post signature

2 comments:

You may LOVE it to :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...